Taklimat Kenali NADI, Booth KDB dan Kaunter N9 Digital di Program JIWA MADANI Lubok China

26 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2024, NADI Kota Pekan telah dijemput untuk menyertai program JIWA MADANI bersama komuniti Lubok China di PPDK Permata Bonda. Program ini merupakan kerjasama komuniti Madani Lubok China bersama dengan Pejabat Penerangan Daerah Rembau. NADI Kota Pekan telah dijemput untuk membuka kaunter Klik Dengan Bijak dan Bantuan N9 Digital. Taklimat kenali NADI turut disampaikan kepada pengunjung yang hadir. Program dirasmikan oleh ADUN Kota Tn. Suhaimi Bin Aini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali